Anda di sini

Dua wanita berjudi di tempat awam didenda RM800

Advertisement
 

MIRI: Dua wanita dalam dua kes berasingan masing-masing didenda RM800 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana kesalahan bermain judi di tempat awam.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah Priscilla Audrey Elbert Georocin, 27, dari Taman Tunku dan Natasha Abdullah, 20, dari Kampung Lereng Bukit di sini, mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
    
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh didapati telah bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.
    
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing pada jam 1.20 petang, 3 Februari lalu di sebuah premis tidak bernombor di Tudan dan jam 4.30 petang hari sama di sebuah kedai tidak bernombor di tepi Jalan Sejahtera Utama, Tudan Fasa 2 di sini.
    
Di hadapan mahkamah, Priscilla dan Natasha masing-masing merayu agar hukuman ke atas mereka diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertama mereka.
    
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement