Anda di sini

Wanita tidak mengaku salah tuduhan melacur

Advertisement
 

MIRI: Seorang wanita warga asing diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan melacur.
    
Mahkamah di sini kemudian menetapkan 4 Mac depan untuk pengurusan kes.
    
Huyah Thi Mong Tuyen, 31, dari Vietnam, telah didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali  jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa mencari langganan untuk tujuan persundalan dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki berusia 33 tahun.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.15 pagi, 4 Februari lalu di sebuah pusat hiburan di Marina Parkity di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain di hadapan Majistret Randu Rangen manakala tertuduh diwakili peguam bela Firdaus Morshidi.

  • oleh
  • Advertisement