Anda di sini

Nippon Paint Weatherbond Kembali Menyelamatkan Rumah Anda! 

Advertisement

Rekaan rumah anda adalah kanvas untuk menzahirkan personaliti anda. Dengan setiap warna yang anda pilih, ruang kehidupan anda menjadi cerminan unik gaya peribadi dan sentuhan peribadi anda. Walaupun gaya hidup yang memukau yang ditawarkan oleh Malaysia, kita perlu berdepan dengan cuaca yang tidak menentu. Satu ketika matahari bersinar, dan kemudian, hujan tiba-tiba boleh mengejutkan kita! Pemilik rumah sentiasa mencari penyelesaian inovatif dan kreatif untuk melindungi hartanah mereka daripada daya alam yang tidak menentu dan seringkali merosakkan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu melindungi rumah anda!

Pertama, rapatkan sebarang celah atau retak dalam bumbung, tingkap, dan pintu rumah anda untuk mengelakkan infiltrasi lembapan. Lembapan boleh menyebabkan kerosakan cat dan reput kayu. 

Kepentingan sistem longkang di sekitar rumah pasti selalu diperhatikan, terutamanya ketika cuaca buruk, kerana sistem ini memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan keindahan lingkungan tempat tinggal dari potensi kerosakan akibat genangan air. 
Longkang yang diabaikan, tersumbat, atau rosak boleh membenarkan air meresap ke dalam rumah anda, berpotensi menyebabkan masalah struktur dan kos pembaikan yang tinggi. Pembersihan dan pemeriksaan berkala diperlukan untuk mengalihkan air hujan dengan berkesan. 

Nippon Paint Weatherbond
Nippon Paint Weatherbond

Pilihlah cat yang mampu menghadapi cuaca tempatan yang tidak tentu,yang dapat memberikan daya tahan dan penampilan yang hebat tanpa mengira cuaca. Nippon Paint Weatherbond dapat melindungi permukaan luar anda dan menjadikannya kelihatan segar walaupun dalam keadaan terburuk. Nippon Paint Weatherbond yang baru diperkemaskan dengan Technology Kuarza mempunyai empat teknologi yang menakjubkan. 

Bermula dengan Keep Clean pemilik rumah boleh berasa tenang mengetahui bahawa dinding mereka akan terus kelihatan segar dan sempurna, walaupun selepas bertahun. Ia memberikan perlindungan daripada kotoran, bahan alkali, , memastikan agar dinding anda kekal bersih dan berseri.

Kulat dan alga yang tumbuh di luar bangunan bukan sahaja memberikan penampilan yang buruk, kusam dan mengurangkan nilai tetapi juga boleh merugikan kesihatan. Tetapi dengan  Teknologi Microblock, ia melindungi daripada penumbuhan kulat dan alga yang tidak diingini, menjaga kesihatan pemilk rumah dan keluarganya. 

Sunblock juga mempunyai daya untuk mengurangkan suhu permukaan sehingga 5 darjah Celsius, menjaga agar ruang dalam anda kekal sejuk dalam cuaca yang panas.

Teknologi yang luar biasa dari Nippon Paint menjamin bahawa warna-warna cantik yang anda pilih untuk rumah anda akan kekal cerah untuk tempoh yang berpanjangan,  tanpa pudar atau menjadi kusam. Dengan Teknologi Colour Care, anda boleh yakin bahawa rumah anda akan terus cerah, ceria dan cantik. 

Untuk meningkatkan pemantulan haba, pilih warna luaran yang lebih cerah daripada rangkaian warna pastel dan neutral. Kad warna luaran Weatherbond baharu menawarkan lebih 50 pilihan warna. 

Rangkaian Weatherbond yang ditawarkan oleh Nippon Paint mewakili dedikasi yang kuat untuk menambah baik bahagian luar rumah anda dengan cat tahan cuaca sambil menyumbang kepada daya tarikan estetik persekitaran. Nippon Paint sedar bahawa rumah anda bukan sahaja adalah tempat perlindungan tapi juga mencerminkan gaya peribadi anda. 

Rangkaian Weatherbond melepasi had perlindungan dengan memberikan perlindungan yang tiada tandingannya terhadap kotoran, kulat, alga dan kesan merosakkan cahaya matahari. Pemilik rumah boleh melabur kepercayaan mereka pada produk ini untuk menghadapi cabaran alam semula jadi yang berterusan, memastikan keselamatan dan ketahanan pelaburan mereka. Produk luar biasa ini bukan sahaja menawarkan perlindungan berkekalan tetapi juga memelihara integriti struktur dinding anda untuk tempoh yang mengagumkan sehingga 15 tahun.

Anda boleh memilih Weatherbond Hi-Gloss untuk menambah baik rupa luaran anda dengan kemasan berkilat tinggi yang mengagumkan. Anda juga boleh memilih Weatherbond Solareflect Extreme, yang memberikan ketahanan yang luar biasa dan menyerap haba suria. Selain itu, Weatherbond Ultimate ialah pilihan ideal untuk kecantikan tahan lama dan perlindungan menyeluruh, kerana ia merangkumi semua ciri penting. Walau apa pun kebimbangan anda, Rankaian Weatherbond mempunyai penyelesaian untuk menanganinya.

Inspirasi untuk cara menggunakkan Nippon Paint Weatherbond untuk rumah idaman anda. 
Inspirasi untuk cara menggunakkan Nippon Paint Weatherbond untuk rumah idaman anda. 
Siri Weatherbond dari Nippon Paint. 
Siri Weatherbond dari Nippon Paint. 
Advertisement