Anda di sini

UPKO mahu beberapa kerusi selain kubu kuat DUN Kadamaian pada PRN akan datang

Advertisement
 Ewon ketika menyampaikan ucapannya pada konvensyen itu.
UCAPAN: Ewon ketika menyampaikan ucapannya pada konvensyen itu.


SIPITANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berhasrat untuk bertanding di beberapa kerusi selain kubu kuat DUN Kadamaian pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri.


"UPKO mesti bertanding bukan hanya di kawasan Kadamaian yang kita pegang sekarang tetapi beberapa lagi kerusi lain.


"Ini penting supaya UPKO sebagai satu parti yang mahu menyumbang dengan lebih baik kepada tadbir urus negara harus diberi ruang yang besar di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bermula dengan kerusi-kerusi yang lebih banyak dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UPKO di Pusat Kebudayaan Lundayeh, hari ini.

EWON
EWON


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pada PRN akan datang, tidak ada lagi gabungan sama seperti yang berlaku pada tahun 2020.


Menurutnya keadaan sudah jauh berbeza, maka perbincangan ke atas pengagihan kerusi kerjasama politik semasa pilihan raya seharusnya merupakan perbincangan baharu.


"Pada saya dan pada UPKO perbincangan haruslah sesuatu yang segar dan baru apabila kita membincangkan soal kerjasama dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang,” katanya.


Ewon berkata parti itu telah mengenalpasti beberapa kerusi yang ingin ditandangi, dan UPKO yakin dapat menyumbang kemenangan di kawasan itu, terutama di kawasan majoriti pengundi KDM dan kerusi campuran.
 

  • oleh
  • Advertisement