Anda di sini

Lebih 3,000 pengunjung banjiri Farley Kuching saksi persembahan band 3P

Advertisement
Kumpulan band terkenal Cina di Malaysia 3P membuat persembahan di Farley Kuching malam tadi.
Kumpulan band terkenal Cina di Malaysia 3P membuat persembahan di Farley Kuching malam tadi.

KUCHING: Lebih 3,000 pengunjung telah membanjiri pekarangan pasar raya Farley Kuching malam tadi untuk menyaksikan persembahan band Cina Malaysia, 3P (Threee Production) untuk Malam Gala sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Begitu juga terdapat persembahan daripada artis tempatan dan kumpulan kebudayaan masyarakat Cina seperti persembahan 24 gendang oleh Sekolah Menengah Kuching Chung Hua No.3.

Sebelum itu, orang ramai telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Riona dan Emily, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada kumpulan hiburan Sarawak yang dipanggil 'Hapipie'.

Semua persembahan dibuat di pentas yang khas disediakan di luar bangunan Farley Kuching dan turut diserikan dengan kedatangan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Wee memuji Farley kerana menganjurkan malam gala itu untuk orang ramai sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

“Pasar raya Farley telah memperluaskan cawangannya dari Bintulu, Sibu, Samarahan dan kini ke Kuching sejak penubuhannya.

"Ia terus meletakkan dirinya sebagai pusat sehenti untuk membeli pelbagai barangan mampu milik untuk pengguna, pada masa yang sama mewujudkan banyak peluang pekerjaan,” kata Wee sewaktu berucap merasmikan majlis malam tadi.

Sebagai acara penutupan diadakan persembahan tarian singa menaiki tiang tinggi dan penyampaian replika cek berjumlah RM5,000 setiap satu daripada Kumpulan Farley kepada badan amal.

Mereka adalalah Sekolah Menengah Kuching Chung Hua No.3, Bahagian Kebudayaan dan Tarian Masyarakat Buddha Kuching dan Persatuan Paliatif Kuching.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Kumpulan Farley Lau Siew Whye dan Pengarah Urusan Farley Eiseng Lau.

  • oleh
  • Advertisement