Anda di sini

Maritim Malaysia tahan lima PTI di Pulau Bohayan

Advertisement
 Pasukan Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap bot terbabit.
TANGKAP: Pasukan Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap bot terbabit.

LAHAD DATU: Lima individu termasuk seorang wanita disyaki pendatang tanpa izin (PTI) ditahan di kedudukan hampir 0.5 batu nautika di kawasan Timur Pulau Bohayan, Kunak.

Semua mereka itu ditahan oleh sepasukan anggota Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kira-kira jam 1.45 petang.  

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, pasukannya berjaya mengesan sebuah bot pam melalui rondaan rutin di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan bot peronda Maritim Malaysia segera memintas bot pam berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap penumpang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dinaiki enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 20 tahun.

“Lima daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi wanita warga tempatan dilepaskan tanpa pendakwaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan Maritim Malaysia kemudian merampas bot dinaiki warga asing berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1958/63.

Sementara itu, beliau berkata masyarakat khususnya komuniti maritim diminta memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang maklumat berkaitan salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Lahad Datu di talian 089-885727 dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement