Anda di sini

Lelaki terselamat, sempat keluar sebelum kereta terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran kenderaan.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran kenderaan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan sedan yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba di Jalan Tebobon, berhadapan sebuah stesen minyak, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa berumur 29 tahun itu sempat keluar daripada kenderaan yang berasap sebelum terbakar.

Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 tengah hari.

“Bertindak dengan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian. 

"Sebaik tiba, terdapat sebuah kenderaan jenis sedan terbakar dan pasukan bomba segera bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos.

"Kenderaan itu terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya operasi terkawal pada 1.39 tengah hari dan operasi ditamatkan 16 minit kemudian.

  • oleh
  • Advertisement