Anda di sini

Karnival Badminton China-Sabah hujung minggu ini di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Advertisement
 Ahli KKCBA menunjukkan raket badminton serta peralatan sukan lain yang ditaja oleh Maxx Sports Sdn Bhd.
TAJAAN: Ahli KKCBA menunjukkan raket badminton serta peralatan sukan lain yang ditaja oleh Maxx Sports Sdn Bhd.
 Karnival Badminton China-Sabah hujung minggu ini di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
KARNIVAL: Karnival Badminton China-Sabah hujung minggu ini di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Karnival Badminton China-Sabah yang dinanti-nanti akan berlangsung pada 9 hingga 10 Disember depan di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

Karnival ini dianjurkan oleh See Hua Daily News dengan kerjasama Persatuan Badminton Kota Kinabalu (KKCBA) dan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu serta mendapat sokongan daripada Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu.

See Hua Daily News dalam satu kenyataan berkata pertandingan dalam acara ini juga disertai lebih 300 peserta daripada pelbagai kategori yang bersaing untuk memenangi hadiah keseluruhan melebihi RM 10,000. 

Katanya pertandingan ini juga mendapat tajaan Maxx Sports Sdn Bhd yang akan memberikan raket badminton berjenama kepada juara dan naib juara dalam setiap kategori, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat akan menerima botol air berjenama.

“Dalam pembukaan karnival, pelbagai acara menarik termasuklah persembahan perubahan wajah yang memukau semestinya membawa penonton ke dalam pengembaraan budaya yang menakjubkan. 

“Beberapa pertunjukan menarik juga akan diadakan termasuklah tarian singa, Tai Chi, seni bela diri, permainan diabolo dan persembahan pemandu sorak yang akan menambahkan lagi suasana ceria ke acara berkenaan.

“Di luar lokasi pertandingan, terdapat pelbagai gerai yang dibuka dan menawarkan pelbagai jenis makanan kepada orang ramai yang hadir ke karnival ini,” katanya.

Menurutnya peminat badminton dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara yang bermula seawal jam 7 pagi yang bukan hanya pameran budaya sukan tetapi juga satu perayaan pertukaran budaya.

  • oleh
  • Advertisement