Anda di sini

Warga DBKK perlu utamakan budaya kerja berintegriti: Noorliza

Advertisement
 Noorliza melawat gerai pameran sempena hari keluarga DBKK.
LAWAT: Noorliza melawat gerai pameran sempena hari keluarga DBKK.
 Noorliza diberikan peralatan sebagai simbolik lawatan ke gerai pameran sempena hari keluarga DBKK.
PERALATAN: Noorliza diberikan peralatan sebagai simbolik lawatan ke gerai pameran sempena hari keluarga DBKK.

KOTA KINABALU : Anggota serta pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu mengutamakan serta membudayakan amalan kerja berintegriti dalam melaksanakan tugas seharian.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata perkara ini penting kerana mereka sering terdedah dengan pelbagai keadaan sekaligus perlu membuktikan DBKK bebas terhadap gejala rasuah.

Katanya, ketelusan dalam melaksanakan tugas sangat dituntut bagi memastikan warga bandaraya yakin terhadap mutu serta perkhidmatan yang ditawarkan DBKK.

"Kita mempunyai Bahagian Integiti DBKK yang berfungsi untuk memastikan tadbir urus terbaik dapat dilaksanakan di semua jabatan serta Jawatankuasa Antirasuah bagi menyelaras dan memantau aktiviti pengukuhan integriti di DBKK.

"Ini bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian serta pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya semasa sambutan Hari keluarga DBKK di Padang Merdeka di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie serta pegawai kanan DBKK.

Noorliza berkata, pelbagai kejayaan sudah dicapai DBKK sepanjang tahun ini sehingga mengharumkan namanya di peringkat antarabangsa.

"Inilah kekuatan serta budaya kerja yang diamalkan oleh DBKK, kita sentiasa siap sedia 24 jam untuk memastikan warga bandaraya selesa, bersih dan selamat untuk dikunjungi.

"Ada satu kejadian yang perlu dicontohi oleh warga DBKK apabila ada sifat kejujuran anggota yang mengembalikan dompet kepada pemiliknya.

"Dalam dompet terbabit mengandungi wang tunai RM10,000, bayangkan jika beliau tidak jujur sudah tentu wang itu tidak akan dikembalikan kepada pemiliknya, sikap kejujuran ini harus dicontohi oleh warga DBKK," katanya.

  • oleh
  • Advertisement