Anda di sini

Wanita mengaku tidak bersalah tinggalkan anak dalam kereta

Advertisement
 


SIBU: Seorang wanita berusia 28 tahun yang didakwa atas tuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
 
Nurul Fatirah Sazali didakwa mengikut Seksyen 33(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
 
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dikatakan meninggalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di dalam kereta di tempat letak kereta kilang papan di Empawah dekat sini pada 30 Mac 2023, kira-kira jam 1.10 petang.
 
Disebabkan tindakannya itu, dia telah menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit akibat strok haba.
 
Tertuduh diarah hadir ke mahkamah sekali lagi pada 11 Januari 2024 dan dibenarkan dibebaskan dengan bayaran RM3,000 oleh seorang penjamin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement