Anda di sini

Remaja perempuan parah terperosok bawah kenderaan

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.
TERPEROSOK: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.

KENINGAU: Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan parah selepas terperosok di bawah kenderaan dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Pomotodon, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kemalangan jam 2.45 petang itu membabitkan mangsa yang menunggang motosikal serta kenderaan pacuan empat roda.

Katanya mangsa yang berumur 17 tahun yang parah di bahagian kepala kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan awal mendapati, kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berumur 60 tahun dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu. 

“Ketika itu keadaan cuaca hujan dan sebaik tiba di lokasi kejadian, selepas melalui selekoh, motosikal ditungang mangsa dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan pacuan empat roda terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata kemalangan menyebabkan penunggang motosikal tercampak masuk ke bawah kenderaan pacuan empat roda sebelah kiri dan tersangkut lalu terseret hampir dua meter ke hadapan.

Yampil berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami parah di bahagian kepala.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke HQE I untuk rawatan lanjut.

"Kes masih dalam siasatan mengikut 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement