Anda di sini

Penduduk, pemilik kedai dan MPS jayakan program gotong-royong

Advertisement
 Chew memuji pihak yang turun bersama-sama menjayakan program gotong-royong.
KERJASAMA: Chew memuji pihak yang turun bersama-sama menjayakan program gotong-royong.

SANDAKAN: Satu kerjasama diantara penduduk setempat, pemilik kedai rumah pangsa Nam Tung dan Jabatan Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berjaya diadakan bagi melaksanakan gotong-royong.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, gotong-royong itu dilakukan di sepanjang pantai yang terletak di belakang kedai bandar Nam Tung, Jalan Leila di sini.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sudi turun menjayakan program ini. Saya juga menerima cadangan daripada penduduk setempat dan para pemilik kedai di sini yang mahu Unit PPM Karamunting bersama-sama meratakan tanah dan membina semula tembok yang runtuh.

"Mereka juga mahu kemudahan tandas mudah alih diletakkan di kawasan berkenaan yang mana akan digunakan oleh nelayan-nelayan yang berkunjung di kawasan ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan itu, Chew telah menyediakan satu kertas cadangan yang mana semua kos penambahbaikan serta mencantikan kawasan itu akan ditanggung oleh sekumpulan dermawan secara sukarela.

Katanya, kertas cadangan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Penghias Bandar MPS untuk pertimbangan serta kelulusan.

  • oleh
  • Advertisement