Anda di sini

Banjir kian surut, SK RC Kubong kembali beroperasi

Advertisement
Anggota APM Limbang ketika memantau paras air di SK RC Kubong.
Anggota APM Limbang ketika memantau paras air di SK RC Kubong.

LIMBANG: Beberapa kawasan termasuk Sekolah kebangsaan (SK) RC Kubong yang terdahulu dinaiki air susulan hujan lebat petang Isnin didapati surut pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata paras air di SK RC Kubong yang dinaiki air setinggi setengah kaki kembali surut.

"Pengawal keselamatan memaklumkan sekolah akan beroperasi pukul 10 pagi hari ini manakala air melimpah dari sungai berdekatan di kawasan jalan menuju ke Kubong masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mirwan turut menasihati orang ramai untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat.

Setakat ini katanya, keadaan kawasan yang dipantau masih dalam keadaan selamat dan terkawal.

Terdahulu, empat anggota Angkatan Pertahahan Awam (APM) Daerah Limbang diketuai oleh Koperal (PA) Mohd Arif Midun membabitkan sebuah ambulans membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air sekitar 7.39 pagi.

  • oleh
  • Advertisement