Anda di sini

Seramai 113 orang berjaya menderma darah 

Advertisement
Pauline (tengah) dan Susan (tiga kanan) bersama ahli-ahli jawatankuasa dengan penderma darah di Miri semalam.
Pauline (tengah) dan Susan (tiga kanan) bersama ahli-ahli jawatankuasa dengan penderma darah di Miri semalam.

MIRI: Pasukan Pengambilan Penderma Darah BSMM Cawangan Miri dan Persatuan Kebajikan Komuniti Piasau Miri bekerjasama menganjurkan kempen derma darah sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa semalam.

Kempen itu diadakan di bahagian derma darah, Kompleks Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri menyaksikan seramai 143 orang mendaftar dengan 113 orang berjaya menderma. 

Daripada jumlah itu, terdapat seramai 13 penderma kali pertama.

Pengerusi penganjur bersama Pauline Sagau Visjcher daripada Persatuan Kebajikan Masyarakat Miri Piasau dan Susan Supang Pu'un mewakili PBSM Cabang Miri berkata kempen itu selain membantu mengekalkan stok darah di Miri juga mengiktiraf sumbangan sukarelawan.

Menurut mereka, nilai dan impak sukarelawan adalah penting setiap hari dalam setahun tetapi hari istimewa, 5 Disember dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap tahun menandakan sumbangan sukarelawan menjadikan dunia tempat lebih baik.

Tema tahun ini ialah 'Kuasa Tindakan Kolektif' mempromosikan konsep apabila individu dan organisasi bersatu maka semua golongan masyarakat boleh memberi impak positif lebih besar seperti dalam kempen derma darah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengambilan Derma Darah Kaunselor Karambir Singh mengucapkan terima kasih atas kerjasama baik antara pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini dengan PBSM Cabang Miri.  

"Kerjasama ini membawa banyak kejayaan berterusan membabitkan kempen derma darah di Miri hasil kerjasama baik daripada NGO di Miri," jelasnya.

Orang ramai boleh menghubungi Karambir Singh di talian 0168785500 untuk maklumat lokasi derma darah di bandar raya Miri.

Advertisement