Anda di sini

Model cilik memerlukan tajaan busana tradisional

Advertisement


Nur Qamarina, pelajar SMK Kota Samarahan cipta sejarah sebagai pemenang I Am Model Search Malaysia 2023

NUR QAMARINA SYAFIRA
NUR QAMARINA SYAFIRA

“Kami berharap beliau dapat membawa keindahan warisan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa. Sekiranya ada pihak yang sudi menaja busana untuk pertandingan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih."

Yusma Farina
Ibu Nur Qamarina Syafira


KUCHING: Nur Qamarina Syafira, pelajar berusia 14 tahun dari SMK Kota Samarahan telah mencipta sejarah sebagai pemenang I Am Model Search Malaysia 2023. 

Kejayaannya membuka pintu untuk mewakili Malaysia pada I Am Model Search International 2024 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Januari 2024.

Nur Qamarina, yang memiliki semangat dan bakat dalam dunia fesyen, berhasrat memperagakan keindahan busana tradisional Malaysia di pentas antarabangsa. 

Bagaimanapun, untuk mencapai matlamat ini, beliau memerlukan sokongan dan tajaan busana tradisional khususnya daripada pereka tempatan.

Qamarina mempamerkan trofi dan selendang yang dimenanginya pada pertandingan peragaan yang telah dimenanginya.
Qamarina mempamerkan trofi dan selendang yang dimenanginya pada pertandingan peragaan yang telah dimenanginya.

Ibu Nur Qamarina, Yusma Farina, 38, dengan penuh harapan mewakili keluarga dan komuniti tempatan, berharap agar ada pihak yang bersedia menaja busana tradisional yang akan dipakai oleh anaknya dalam pertandingan tersebut. 

Dalam satu sidang media di sini pada Ahad, Yusma Farina berkata: "Kami amat bersyukur dengan pencapaian Qamarina. 
“Kami berharap beliau dapat membawa keindahan warisan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa. Sekiranya ada pihak yang sudi menaja busana untuk pertandingan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih."

Bagi pereka busana tempatan yang berminat menyokong perjalanan Nur Qamarina Syafira, mereka boleh menghubungi ibunya di talian 013-800 6238. 

Setiap sumbangan dan sokongan akan membantu dalam menyediakan busana tradisional yang memukau untuk diperagakan pada I Am Model Search International 2024.

Pertandingan ini dianggap sebagai salah satu platform terbesar untuk bakat fesyen global dan penyertaan Nur Qamarina Syafira adalah satu kebanggaan untuk Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya. 

Dengan tajaan yang mencukupi, diharap beliau dapat menyinar di pentas antarabangsa, mewakili kepelbagaian dan kecantikan budaya Malaysia.

Advertisement