Anda di sini

Rombakan kabinet, hak prerogratif Perdana Menteri: Mohamad

Advertisement
 Mohamad (duduk tujuh kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar yang diraikan dalam Majlis Penyerahan Sijil Tamat Tingkatan Lima kali ke-14 SMK St Patrick.
ALBUM: Mohamad (duduk tujuh kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar yang diraikan dalam Majlis Penyerahan Sijil Tamat Tingkatan Lima kali ke-14 SMK St Patrick.


MEMBAKUT: Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menegaskan keputusan untuk membuat rombakan kabinet merupakan hak prerogratif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika diajukan pertanyaan untuk mendapatkan respon setelah Anwar pada Jumaat memberi bayangan akan merombak kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum hujung tahun ini, Mohamad berkata, just wait and see (tunggu dan lihat).


"Sebagai ahli dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri sentiasa akur dengan keputusan yang akan diambil oleh Perdana Menteri. Ini kuasa prerogratif beliau (Anwar).


Tidak ada siapa yang boleh paksa dan tiada yang boleh mempengaruhi. Jadi kita just wait and see. Insyaallah saya percaya, apa jua yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah untuk kebaikan negara kita dan juga rakyat, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Tamat Tingkatan Lima kali ke-14 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick Membakut, pada Sabtu.


Anwar pada Jumaat menyatakan mengenai rombakan kabinet yang kemungkinan dibuat sebelum hujung tahun ini setelah ditanya oleh seorang kanak-kanak, Akmal Afif Yasser Arafat yang bersama beberapa pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat Surau Putra Al-Amin Fasa 4, Putrajaya.


Pada September lepas, Anwar ada menyatakan mahu merombak kabinet dan akan membincangkan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.


Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, rombakan Kabinet ketika ini (September) tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan menteri yang perlu diisi iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.


Mengenai Majlis Penyerahan Sijil Tamat Tingkatan Lima kali ke-14 SMK St Patrick, Mohamad mengucapkan syabas kepada barisan jawatankuasa kerana mengadakan majlis yang dilihat berupaya memberi suntikan semangat kepada pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.


Beliau turut menyarankan semua pihak supaya bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menggerakkan program-program pendidikan di sekolah sebagai usaha melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar.

  • oleh
  • Advertisement