Anda di sini

Penunggang motosikal parah tersepit bawah kereta

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.
KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.

KOTA MARUDU: Seorang penunggang motosikal lelaki mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sabit di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis sedan dalam kejadian jam 7.43 malam.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa menggunakan konsep Saver.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 8 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement