Anda di sini

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan terkunci

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi membuka pintu kenderaan mangsa yang terkunci.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi membuka pintu kenderaan mangsa yang terkunci.

SANDAKAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di kawasan Sri Taman, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa berumur 37 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.39 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati mangsa lelaki dalam keadaan tidak sedar diri di dalam kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terkunci.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam. 9.57 pagi,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement