KOTA KINABALU: Keluarga mangsa kebakaran di Perumahan Atas Air, Kampung Tanjung Aru Lama menerima bantuan berbentuk wang tunai dan air mineral.
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Ronnie Loh Berkata, beliau prihatin dan turut berdukacita dengan musibah yang menimpa 12 buah keluarga itu.
Berikutan itu, beliau dengan segera menghadirkan diri ke Dewan Serbaguna Sembulan di mana mangsa kebakaran ditempatkan untuk sementara.
"Saya juga turut meneliti keperluan yang diperlukan untuk mangsa-mangsa kebakaran, berbincang serta memberikan cadangan yang sewajarnya," katanya ketika mengadakan lawatan di pusat penempatan sementara mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Sembulan, kelmarin.
Beliau juga turut berterima kasih kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Monaliza serta semua kakitangan yang terlibat di dalam usaha untuk membantu serta menjaga kebajikan mangsa-mangsa yang telah ditempatkan.