Anda di sini

Kerosakan paip air perlu diatasi segera: Chew

Advertisement
 Perlu pembaikan segera daripada pihak berwajib.
BOCOR: Perlu pembaikan segera daripada pihak berwajib.

SANDAKAN: Pihak berwajib perlu segera menyelenggara kebocoran bekalan air di loji tangki air Jalan Estate Connector di sini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, berikutan aduan daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan, Pemaju Mukim Karamunting Ricky Voon telah diarah turun pada meninjau keadaan.

Hadir sama ialah Pemaju Mukim Karamunting Syed Putra Ar-rahim.

"Hasil tinjauan mendapati kebocoran bekalan air sangat serius dan perlu pembaikan segera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, berikutan aduan sebelum ini kepada pihak berkenaan mengenai lurang kumbahan di Hsiang Garden, Blok C di Jalan Leila yang tidak mempunyai penutup.

 Ricky ketika meninjau lurang kumbahan yang sudah diselenggara.
TINJAU: Ricky ketika meninjau lurang kumbahan yang sudah diselenggara.

Ricky sekali lagi turun padang meninjau perkembangan isu terbabit dan mendapati pihak berkenaan sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) di sini yang segera melaksanakan tugasan dengan baik," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement