KOTA KINABALU: Sejumlah 218 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom menerima sumbangan kelengkapan sekolah dalam satu program yang diadakan di sini semalam.
Pengerusi Persatuan Insan Cahaya Harapan Liew Yen Wee berkata program berkenaan membabitkan sumbangan daripada orang ramai dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
“Kita menyampaikan sumbangan kepada 218 murid termasuk 25 murid di Pra Sekolah di SK Kionsom Inanam.
“Keperluan persekolahan itu termasuklah bag sekolah dan alat tulis yang boleh digunakan sepanjang sesi pembelajaran.
“Dalam sumbangan sama kita juga memberikan barangan keperluan iaitu beras, makanan dapur dan keperluan lain kepada murid dan ibu bapa yang memerlukan,” katanya semasa menyampaikan sumbangan berkenaan.
Turut hadir semasa program penyerahan sumbangan ialah Guru Besar SK Kionsom Derek Pandian A/L Edwin Pandian, Penolong Kanan Satu Ramli Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Wong Fui Ling, Penolong Kanan Kokurikulum Asmawati Lamsan, Pempengaruh media sosial Kevin dan Pengerusi Bahagian Foh Sang Lim Son Cheng.
Katanya pihaknya juga berterima kasih dan menyampaikan penghantgaan kepada sumbangan yang diberikan oleh Ron's Kopitiam, Kelab Sosial Dan Rekreasi Peniaga Kota Kinabalu Sabah, dan BROKevin.