Anda di sini

Sukan MASISWA 2023 berjalan lancar

Advertisement
 Perlawanan badminton bergu lelaki yang berlangsung pada hari pertama Sukan MASISWA.
SENGIT: Perlawanan badminton bergu lelaki yang berlangsung pada hari pertama Sukan MASISWA.

KOTA KINABALU: Kejohanan Sukan Antara Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MASISWA) kali Ke-11 Zon Sabah 2023 yang bermula hari ini, berjalan lancar.

Kejohanan MASISWA kali ini, sembilan acara sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, E-Sport, Catur, Petanque dan Aerodance.

Hari pertama kejohanan MASISWA 2023 menyaksikan tiga acara sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring dan Badminton.

Sebanyak 16 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) mengambil bahagian dalam sukan MASISWA kali ini yang di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Dr.Rafiq Idris berharap semua IPTS yang bertanding akan dapat mengukuhkan silaturahim dalam kalangan penuntut dan kakitangan di antara institusi.

“Semoga aktiviti sukan seumpama ini menjadi platform yang baik bagi mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam berkolaboratif di antara IPT yang ada di Sabah.

“Saya juga berharap, banyak bakat dan potensi baharu dapat dicungkil serta diketengahkan untuk kejohanan sukan yang lebih besar selepas ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement