Anda di sini

Sabah terima 141 projek pembangunan persekutuan bernilai RM1.635 bilion dalam RP3

Advertisement
 Shahelmey berbincang bersama menteri yang hadir semasa Persidangan DUN Sabah.
BINCANG: Shahelmey berbincang bersama menteri yang hadir semasa Persidangan DUN Sabah.

KOTA KINABALU: Sabah menerima 141 projek

pembangunan persekutuan bernilai bawah RM50 juta daripada pelbagai kementerian membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM1.635 bilion dalam Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata pengiktirafan JKR Sabah sebagai Jabatan Teknik bagi AP182 juga memperlihatkan 61 projek dengan kos projek RM 8.967 juta mendapat

pengecualian Arahan Perbendaharaan 182 AP182.

“60 daripada projek terbabit adalah membabitkan Kementerian Kesihatan

Malaysia manakala satu projek daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan

kecil. 

“15 lagi projek yang bernilai keseluruhan RM316.563 juta diberikan pengecualian berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pelbagai kementerian persekutuan yang lain selaku pihak agensi pemilik,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan Sabah 2024 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Shahelmey berkata JKR melaksanakan 65 projek akhir dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1.3 bilion dan 44 daripada projek itu dijangka ditender pada tahun 2023 manakala 21 lagi

projek akan ditender tahun hadapan dengan pelaksanaan diperingkat kerja awalan.

“17 daripada 44 projek yang disenaraikan sedang dalam peringkat perolehan, dengan kos perbelanjaan berjumlah RM824,200 dan sembilan projek sudah ditender manakala satu projek dalam proses menunggu keputusan

Lembaga Perolehan.

“Empat yang lain akan ditender pada Disember depan dan tiga lagi dijangka

akan ditender pada awal Januari tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata seiring tema Belanjawan Sabah 2024 bertemakan “Sabah Teguh, Rakyat

Terbela” yang dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat, Kementerian Kerja Raya Sabah diperuntukkan sebanyak RM1.03 bilion perbekalan dan RM689.66 juta pembangunan. 

Katanya Kementerian Kerja Raya Sabah kekal komited menggalas tanggungjawab melalui agensinya iaitu Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah

serta Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah seiring Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 -2025).

“Dalam belanjawan 2024, JKR akan

melaksanakan pembinaan jalan raya dan menaik taraf serta menyelenggara jalan di seluruh negeri Sabah secara berterusan selain melaksanakan pengurusan dan penambahbaikan terhadap sistem trafik di bandar utama serta bandar kecil.

“Dalam usaha menangani isu gangguan bekalan air di Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah akan berusaha memperkasakan sistem penyampaian bekalan air melalui beberapa inisiatif termasuklah melaksanakan tindakan penyelesaian jangka pendek di sembilan daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Tawau dan Sandakan. 

“Kementerian juga akan melaksanakan

initiatif pemasangan Sistem Meter Pukal atau Water Vendor di kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya penyambungan haram

dan kecurian air selain melaksanakan

beberapa projek berimpak tinggi dan tindakan penyelesaian bekalan air dalam peruntukan Pinjaman Mudah Persekutuan,” katanya.

Tambahnya pembaikan rangkaian paip pembetungan yang sudah uzur di kawasan Kota

Kinabalu dan Tawau serta membaik pulih aset pembetungan milik Pihak Berkuasa Tempatan yang diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan

Pembetungan Sabah akan dilaksana pada 2024.

Katanya kajian bagi penyediaan reka bentuk sistem pembetungan di seluruh negeri Sabah juga akan dilaksana.

“Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kereta api, program naiktaraf infrastruktur dan landasan, aset dan kemudahan lain yang berkaitan, serta pendigitalan akan dilaksana bagi untuk membolehkan penambahan bilangan perkhidmatan dan memperkenalkan perkhidmatan baharu secara berperingkat. 

“Antara tumpuan perkhidmatan baharu adalah Tourism Train yang berasaskan pelancongan dan rekreasi, seramai 426 583 orang dianggarkan menggunakan perkhidmatan kereta api bagi 2022 manakala pada 2023 sehingga penghujung Oktober tahun ini adalah seramai 423 490 orang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyediakan penanda laluan pelayaran selamat di perairan sebagai panduan kepada nelayan setempat, pengukuran hidrografik untuk pemetaan kedalaman sungai, penyelenggaraan ke atas kemudahan pelabuhan seperti jeti, dermaga, bangunan terminal dan program pendaftaran pelesenan kapal kecil bawah 15 tan di peringkat daerah secara berperingkat dalam meningkatkan perkhidmatan Pelabuhan dan Dermaga.

  • oleh
  • Advertisement