Anda di sini

Teguran hanya pembakar semangat untuk berkhidmat lebih baik

Advertisement
 Chew merakamkan gambar kenangan di Pasar Ikan Karamunting yang dibaik pulih pada November 2020, kini lantai serta tangganya sudah berkarat.
TURUN PADANG: Chew merakamkan gambar kenangan di Pasar Ikan Karamunting yang dibaik pulih pada November 2020, kini lantai serta tangganya sudah berkarat.

SANDAKAN: Pernah ditegur kakitangan pihak berwajib kerana melaksanakan tugasan harian bukan penghalang untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau pernah ditegur kerana menjalankan tugasan di lapangan dan agak mengecewakan mereka yang menegur itu merupakan kakitangan pihak berwajib menyelesaikan masalah rakyat.

"Kamu tidak ada hak untuk campur tangan dalam kawasan urusan kami...inilah teguran yang saya terima pada hari berkenaan.

"Ya betul, saya tiada hak campur tangan, tetapi sekiranya perkhidmatan anda memuaskan, pengundi atau masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting tidak akan mencari saya serta kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting untuk menyampaikan aduan.

"Saya sering kali menerima aduan rakyat ketika saya bersarapan di kedai atau ketika membeli barangan harian di kawasan mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang menegur UPPM Karamunting melaksanakan tugasan harian hanya disifatkan kuat 'mengampu' kepada pihak tertentu.

Katanya, mereka yang hanya tahu mencatit laporan bertulis kepada unitnya, tetapi tidak bermakna mahir dalam menyelesaikan masalah.

"Perlu sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah, bukan hanya tumpu kepada kertas kerja dan duduk dalam pejabat sahaja.

"Salahkah saya dan rakan-rakan membantu masyarakat DUN Karamunting yang tinggal di luar kawasan ini tanpa pembelaan sewajarnya.

"Orang kita, kita yang jaga...inilah prinsip saya dan saya akan tetap menolong mereka yang memerlukan perkhidmatan saya," katanya.

Menurutnya, pihaknya hanya melaksanakan tugas dengan amanah dan benar, walaupun sedar bahawa tugasan harian yang dilakukan akan menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Katanya, tindakan dilakukan adalah untuk keadilan serta kebajikan masyarakat secara keseluruhan.
 
"Saya berdiri teguh sehingga hari ini, kerana saya percaya kerajaan dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

"Beliau melantik saya sebagai PPM Karamunting sejak Disember 2020 adalah adil dan saksama," katanya.
 
Katanya, sejak pelantikan itu beliau dan kakitangan UPPM Karamunting tidak pernah berhenti berkhidmat kepada masyarakat, walaupun beliau tewas pada Pilihan Raya Negeri ke-16 lalu.
 
"Saya berterima kasih dapat berkhidmat dibawah dua Pengarah UPPM Sabah iaitu Datuk Matbali Musah (mantan) dan kini, Datuk Awang Kadin Tang.

"Merekalah yang selalu memberikan dorongan dan sokongan kepada saya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Karamunting dan Sandakan secara keseluruhannya.

"Saya menghargai sokongan ini dan saya akan terus berkhidmat kepada rakyat, selagi perkhidmatan saya diperlukan," katanya.

Katanya, pada tempoh pandemik COVID-19 dahulu, walaupun berhadapan dengan ancaman itu, perkhidmatan turun padang kekal dilaksanakan walaupun ketika itu vaksin untuk wabak berkenaan belum diperkenalkan.
 
"Saya bersama kakitangan UPPM Karamunting tetap turun menyampaikan bakul makanan kepada keluarga dalam senarai e-Kasih serta mangsa COVID-19 ketika itu.

"Adalah tidak wajar mereka yang tidak pernah berkorban untuk rakyat pada ketika itu dan cuba mengambil semua jawatan-jawatan lantikan diperingkat akar umbi di sini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement