Anda di sini

Mayat lelaki OKU terapung di Sungai Sembulan

Advertisement
 Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di Sungai Sembulan.
OPERASI: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung di Sungai Sembulan.
 Mohd Zaidi Abdullah turut berada di lokasi kejadian.
TURUN PADANG: Mohd Zaidi Abdullah turut berada di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Orang ramai yang berada berhampiran Kampung Sembulan Lama terkejut sebaik menemukan mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terapung di permukaan Sungai Sembulan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa berumur 46 tahun itu ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

“Bertindak dengan laporan berhubung penemuan itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati, ahli keluarga mangsa mendakwa kali terakhir berjumpa mangsa pada jam 12 tengah malam di tepi sungai berhampiran rumah mereka.

“Menurut kakak mangsa, lelaki terbabit menghidap sakit di bahagian kepala kesan daripada pembedahan selepas mengalami kemalangan motosikal pada tahun 2016,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Zaidi berkata hasil siasatan pada badan mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan kecederaan.

“Setakat ini pihak polis percaya mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas berkemungkinan terjatuh ke dalam air sungai.

“Pasukan bomba yang hadir di lokasi membantu mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement