Anda di sini

Kejohanan Badminton Terbuka Junior Datuk Sebastian 2023 pada 18 hingga 21 Dis ini

Advertisement
Ting (duduk tengah) bergambar bersama jawatankuasanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama penganjuran kejohanan itu baru-baru ini.
Ting (duduk tengah) bergambar bersama jawatankuasanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama penganjuran kejohanan itu baru-baru ini.

MIRI: Persatuan Badminton Miri (MBA) akan menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Junior Datuk Sebastian 2023 pada 18 hingga 21 Disember ini.
    
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan bertempat di Star Sport Complex, Jalan Piasau Utara 1B1 di sini.
    
Menurut pengerusi penganjur Jeremy Ting, dianggarkan 200 orang pemain bakal berentap dalam kejohanan itu nanti bagi merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang piala kejohanan.
    
"Kami juga akan menjemput para pemain dari Brunei, Indonesia, Singapura, Semenanjung Malaysia dan dari seluruh negeri Sarawak untuk menyertai kejohanan ini.
    
"Manakala jumlah keseluruhan wang tunai yang bakal dimenangi oleh peserta berjumlah RM13,000," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa kerja untuk kejohanan itu, baru-baru ini.
    
Dalam pada itu menurut Jeremy, pertandingan tersebut nanti akan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti  Perseorangan Lelaki U12, Perseorangan Lelaki U14, Perseorangan Lelaki U16, Perseorangan Lelaki U18; Perseorangan Perempuan U12, Perseorangan Perempuan U14, Perseorangan Perempuan U16 dan Perseorangan Perempuan U18.
    
Selain itu, terdapat juga kategori Beregu Lelaki U12, Beregu Lelaki U14, Beregu Lelaki U16, Beregu Lelaki U18; Beregu Perempuan U12, Beregu Perempuan U14, Beregu Perempuan U16 dan Beregu Perempuan U18.
    
"Selain pertandingan, kita turut mengadakan bengkel latihan yang akan dikendalikan oleh pemain badminton Malaysia, Ho Yen Mei yang juga merupakan duta kejohanan kami.
    
"Ho sebelum ini pernah memenangi gelaran juara bagi kategori perseorangan wanita pada Kejohanan BWF Tour Super 100 Terbuka Rusia 2018 dan Poland International 2015 dalam kategori sama," ujar beliau lanjut.
    
Sehubungan itu, beliau berharap para pemain badminton di Miri dapat menyertai pertandingan sedemikian secara aktif kerana ia merupakan cara terbaik untuk meningkatkan mutu permainan dan kemahiran mereka.
    
"Hanya dengan menyertai pertandingan baharulah kita tahu akan kekuatan dan kemampuan diri dan semasa bertanding, kita belajar daripada lawan kita kemahiran yang amat diperlukan. 
    
"Ini akan membantu kita untuk memperbaiki kelemahan diri dengan lebih pantas dan lebih baik," ujar beliau lanjut.

  • oleh
  • Advertisement