Anda di sini

P&G dan MYDIN lancar kempen 'Bersama Demi Semua' kumpul dana untuk mangsa banjir

Advertisement
Ameer Ali (dua kiri) dan Nantha (kanan) melancarkan kempen Bersama Demi Semua, baru-baru ini.
Ameer Ali (dua kiri) dan Nantha (kanan) melancarkan kempen Bersama Demi Semua, baru-baru ini.

Oleh Harshini Anantha Rao

SUBANG JAYA: Syarikat barang pengguna global terkemuka Procter & Gamble (P&G) dan rangkaian borong dan runcit tempatan MYDIN bekerjasama melancarkan kempen 'Bersama Demi Semua' bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu komuniti yang berdepan musibah banjir.

Kempen yang berlangsung dari 6 November 2023 hingga 6 Januari 2024 ini melibatkan sumbangan sebanyak 5 sen kepada dana bantuan untuk setiap pembelian produk P&G yang bernilai RM10. 

Sebaik kempen berakhir, pasar raya MYDIN akan menjadi pusat menyediakan barangan keperluan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.

Tahun lepas Malaysia mengalami banjir terburuk yang menjejaskan ribuan mangsa di seluruh negara. Sebagai tindak balas kepada keadaan genting tersebut, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan yang signifikan untuk bantuan banjir dan pengurusan bencana pada 2024. 

Langkah proaktif ini sejajar dengan misi berterusan P&G untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan dedikasi MYDIN terhadap kesejahteraan masyarakat.

Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura Nantha Kumaran Kalimuthu berkata: "Di P&G, kami dan jenama-jenama kami komited melakukan apa yang bermanfaat setiap hari untuk membantu komuniti berkembang sebagai daya pemacu pertumbuhan dan daya pemacu kebaikan. Kerjasama dengan MYDIN ini lebih menekankan keprihatinan kami terhadap komuniti sasaran kami."

Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira Ameer Ali Mydin pula berkata: "Selepas kempen 'Ourdin' yang berjaya beberapa tahun lalu, kami gembira dapat menjalankan program pengumpulan dana banjir serupa dan berpeluang untuk bekerjasama dengan kuasa global seperti P&G. Kerjasama ini tidak hanya mencerminkan nilai asas MYDIN terhadap perkhidmatan masyarakat dan integriti tetapi juga memperkuat janji kami terhadap pemberian berterusan."

"Kerjasama ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dan membentuk asas pembangunan mampan yang berkesan. Dengan bersatu, syarikat-syarikat boleh memperluaskan impak mereka, menjamin bantuan yang cepat dan berkesan.

"Kami menggesa pengguna untuk menyokong usaha mulia ini. Setiap pembelian melambangkan satu langkah untuk meredakan penderitaan mereka yang memerlukan. Mari bersama-sama membentuk masa depan yang lebih cerah," tambah Nantha.

Untuk mendapatkan pandangan terperinci dan kemas kini berkala tentang inisiatif ini, layari www.procterandgamble.com atau berinteraksi dengan mereka di Instagram, Twitter, TikTok, dan Facebook.

Advertisement