Anda di sini

Lelaki warga emas cedera dihempap pokok pisang

Advertisement
Anggota bomba membawa mangsa menggunakan pengusung.
Anggota bomba membawa mangsa menggunakan pengusung.

SERIAN: Seorang lelaki warga emas cedera selepas dihempap sebatang pokok pisang dalam kejadian yang berlaku di Batu 20 Jalan Kuching-Serian di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 8.10 malam Ahad dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba Siburan ke lokasi.

Mangsa dikenali sebagai Cheng Boon Liong, 60.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, mereka menemui seorang mangsa lelaki terbaring di tepi jalan kebun dan mengadu sakit di bahagian tengkuk dan kaki akibat dihempap pokok pisang.

“Anggota bomba kemudian membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke bahu jalan sementara menunggu ketibaan paramedik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setibanya anggota paramedik, mangsa diserahkan kepada mereka untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Setelah operasi selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Advertisement