KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha membangunkan industri minyak dan gas di Sabah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri juga akan terus mengukuhkan kerjasama dengan PETRONAS dalam pengurusan minyak dan gas di Sabah.
"Semoga kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan PETRONAS berkaitan industri minyak dan gas akan memberi kesan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh di negeri ini.
"Justeru, saya mahu Dialog Strategik Tahunan (Annual Strategic Dialogue) Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS 2023 kali kedua, akan membuka lebih banyak peluang dan ruang kolaborasi serta kerjasama yang positif dan membina di antara kedua pihak dalam usaha memajukan negeri ini demi kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Dialog Strategik Tahunan Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS 2023 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Hajiji berkata, sejak termeterainya Perjanjian Kolaborasi Komersil (CCA) pada 7 Disember 2021, kerjasama di antara Sabah dan PETRONAS menjadi lebih akrab demi mencapai objektifnya iaitu meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dari hasil pengeluaran minyak dan gas di Sabah.
Selain itu jelasnya, ia juga meningkatkan penyertaan dan pembabitan dalam rantaian nilai industri minyak dan gas selain penglibatan yang lebih besar dalam pembangunan minyak dan gas di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan PETRONAS atas jalinan kerjasama yang amat baik dan hubungan erat di antara sesama pihak khususnya penerimaan secara positif terhadap tuntutan Sabah terhadap industri minyak dan gas.
Beliau turut berkongsi beberapa pencapaian kolaborasi sejak termeterai CCA dan selepas 'Annual Strategic Dialogue' pertama pada 2021, termasuklah 'Samarang PSC Farm Out Agreement' berjaya dimeterai dan ditandatangani oleh SMJ Sdn Bhd & PETRONAS Carigali Sdn Bhd pada 4 April 2023.
“Pencapaian lain ialah penyiapan pembinaan Bangunan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau yang juga MRSM pertama oleh PETRONAS di Sabah, yang akan memulakan pengambilan pelajar pada bulan Mac tahun hadapan.
"Selain itu, program-program impak sosial yang dilaksanakan oleh PETRONAS bersama-sama dengan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga dapat meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan komuniti setempat," katanya.
Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS Tan Sri Ten