
MARUDI: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan kawasan tanah rendah di sepanjang jalan raya menuju ke Miri dilanda banjir kilat.
Kawasan di sepanjang Kilometer (KM) 6 dan KM7 dikatakan dinaiki air yang mencecah tiga kaki tinggi, sekali gus menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat melalui kawasan tersebut.
Ketika berita ini ditulis, hujan lebat berterusan mengakibatkan parit monsun di sepanjang jalan raya melimpah.
Justeru, pengguna jalan raya yang mahu pergi ke Marudi atau Miri diingatkan agar berhati-hati dengan keadaan jalan raya dan cuaca semasa.