Anda di sini

Chiew sumbang 11 komputer kepada pelajar B40 di SJK North 

Advertisement
Chiew (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar dan ibu bapa mereka serta ahli jawatankuasa SICTA dan PIBG SK North, selepas majlis penyerahan komputer hari ini.
Chiew (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar dan ibu bapa mereka serta ahli jawatankuasa SICTA dan PIBG SK North, selepas majlis penyerahan komputer hari ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man hari ini menyerahkan 11 unit komputer kepada pelajar daripada keluarga B40 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) North di sini, dalam majlis ringkas di dewan sekolah. 

Program ICT sekolah itu yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK North bertujuan memberi kemudahan komputer riba atau komputer peribadi kepada pelajar daripada keluarga B40 bagi kemudahan pembelajaran mereka. 

Di bawah program itu, pihak persatuan akan memperbaiki dan menaik taraf komputer terpakai bagi keperluan anak-anak ini belajar khususnya bagi pembelajaran dalam talian. 

"Sebagai sokongan terhadap usaha ini, saya memberikan sedikit peruntukan bagi membayar kelengkapan lain komputer ini," jelas Chiew sambil menambah, beliau memberi tambahan RM1,320 kepada SICTA bagi tujuan kelengkapan itu. 

Chiew berkata ia adalah satu usaha yang bagus dan wajar diteruskan bagi membantu pelajar sekolah daripada golongan B40 agar mereka terus bersemangat untuk belajar dan mencapai kejayaan. 

Advertisement