Anda di sini

Tiga ditahan disyaki terbabit pembunuhan jurugambar Mexico

Advertisement
 


       
KOTA MEXICO: Pihak berkuasa Mexico menyatakan kelmarin mereka telah menahan tiga orang disyaki bagi penglibatan dalam pembunuhan seorang jurugambar akhbar di sebuah bandar sepanjang sempadan AS.

Ketiga-tiga mereka telah ditahan “hasil dari siasatan dan kerja-kerja perisikan,” menurut pejabat pendakwa raya wilayah Chihuahua dalam satu kenyataan.

Dua orang dari lelaki itu telah memiliki telefon bimbit kepunyaan mangsa, 

Ismael Villagomez, termasuk senjata dan dadah, jelasnya.
Villagomez bekerja untuk El Heraldo de Juarez, sebuah akhbar di Ciudad Juarez,  serta turut memberikan tumpangan bagi orang yang melalui satu platform perkongsian kenderaan, menurut kepada pihak berkuasa.

Dia ditemui ditembak mati pada awal Khamis dalam sebuah kenderaan yang dia gunakan bagi kerja-kerja berkongsi kenderaan, di sebuah kawasan kediaman di bandar yang telah diselubungi oleh keganasan dikaitkan dengan jenayah terancang.

Villagomez selalunya membuat liputan mengenai isu-isu bandar, seperti kemalangan atau trafik di jambatan sempadan AS, termasuk kisah-kisah mengenai pendatang yang tiba di Ciudad Juarez dengan tujuan untuk melintasi ke Amerika Syarikat.

Sebelum pembunuhan pada Khamis, lima orang wartawan telah terbunuh di Mexico sejak awal tahun, menurut kepada pihak Reporters Without Borders (RSF).

Pada 2017, persatuan wartawan Chihuahua telah dikejutkan dengan pembunuhan 

Miroslava Breach, seorang koresponden bagi akhbar La Jornada yang menulis laporan siasatan mengenai kumpulan penjenayah dan kemungkinan hubungan mereka dengan pihak berkuasa tempatan.

Mexico telah dianggap sebagai salah satu dari negara paling berbahaya di dunia untuk pekerjaan sebagai seorang wartawan, dengan lebih dari 150 orang dibunuh di seluruh negara sejak 2000 dan 28 disenaraikan sebagai hilang, menurut kepada RSF.

Jenayah bagi kebanyakannya masih belum diselesaikan. – AFP

Advertisement