
KIEV: Ukraine menyatakan kelmarin bahawa ribuan orang tinggal di pekan dan kampung berhampiran garisan hadapan yang berada dalam keadaan tanpa bekalan elektrik akibat serangan Rusia baru-baru ini ke atas beberapa buah fasiliti tenaga.
Presiden Volodymyr Zelensky memberitahu wartawan pada minggu ini bahawa pasukan tentera Rusia mungkin akan menambahkan stok misilnya bagi serangan sistemik terhadap grid bekalan elektrik di negaranya ketika musim sejuk.
Kementerian tenaga menyatakan dalam satu kenyataan bahawa wilayah garisan hadapan Kharkiv dan Donetsk di timur, dan Kherson di selatan telah terjejas paling teruk dengan ketiadaan elektrik baru-baru ini.
“Akibat serangan di bandar Kherson, lebih dari 28,000 orang pengguna telah terputus bekalan elektrik,” menurutnya, tanpa menjelaskan bila ketiadaan elektrik itu berlaku di bandar yang sering diserang oleh pasukan tentera Rusia.
“Hampir 3,000 pengguna telah berada dalam ketiadaan bekalan elektrik di wilayah sejak beberapa hari lepas disebabkan oleh serangan,” tambahnya.
Di wilayah timur Donetsk, yang didakwa oleh Kremlin sebagai diambil balik pada tahun kepas bersama dengan tiga wilayah lain termasuk Kherson, kementerian tenaga menyatakan pertempuran telah menyebabkan beberapa tempat ketiadaan bekalan elektrik.
“Akibat serangan, satu wayar overhed mengalami kerosakan, dan bandar Kostyantynivka telah terputus bekalan. Secara keseluruhan, 122 kawasan penempatan masih tanpa bekalan elektrik di wilayah itu,” jelasnya.
Di wilayah Kharkiv, yang bersempadan dengan Rusia, kementerian tenaga menyatakan bangunan bagi seorang pengedar tenaga persendirian telah diserang dan seramai 17,600 pengguna terputus bekalan elektrik.
Serangan Rusia sistemik terhadap grid bekalan tenaga Ukraine pada tahun lepas menyebabkan jutaan orang mengalami keadaan panas dan cahaya, mendesak Kiev untuk memohon lebih banyak sistem pertahanan udara dari negara sekutu Barat.
Zelensky memberitahu wartawan pada minggu ini bahawa negara mempunyai satu rangkaian pertahanan udara yang lebih baik pada tahun ini berbanding yang lepas, namun memberikan amaran bahawa Ukraine tidak mempunyai “perlindungan 100 peratus.” - AFP