Anda di sini

Meadows rakan niaga eksklusif terbaharu Everrise tawar barangan import berkualiti

Advertisement
Fann (tengah) bersama Melody (kiri) menerangkan kepada Wee berkenaan salah satu produk keluaran Meadows yang terdapat di Everrise Batu 4.
Fann (tengah) bersama Melody (kiri) menerangkan kepada Wee berkenaan salah satu produk keluaran Meadows yang terdapat di Everrise Batu 4.

KUCHING: Everrise dan Meadows menjadi rakan niaga eksklusif yang menawarkan barangan import berkualiti untuk pelanggan di semua pasar raya Everrise.

Pengarah Kumpulan Everrise Colin Sia berkata, inisiatif itu bertepatan dengan pengembangan pasar raya Everrise untuk menawarkan produk import berkualiti dari seluruh dunia bagi mengubah gaya hidup dan pengalaman membeli-belah komuniti di Malaysia Timur.

"Meadows merupakan sebuah jenama terkenal dunia dengan kemenangan 350 anugerah untuk barangan berkualiti dan menawarkan pilihan yang eksklusif," ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival Keluarga Everrise di Everrise Batu 4 di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, Ketua Pegawai Dagangan Everrise Arif Kwan, Ketua Pegawai Eksekutif Everrise Melody Chum dan Ketua Projek Own Brand DFI Retail Group Elyse Lee.

Colin berkata, hasil kerjasama itu Meadows akan menyediakan 100 produk keluarannya untuk berada di semua pasar raya Everrise.

Pada masa sama katanya, untuk setiap RM20 yang dibelanjakan ke atas produk Meadows dalam satu resit, Everrise akan menderma RM0.50 kepada organisasi amal tempatan.

"Hasil kutipan tersebut yang telah bermula hingga Mac 2024 akan disalurkan sebagai derma amal kepada rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di sini," tambah Colin.

Everrise turut melancarkan 'Member Best Value' dengan tanda pagar jimat lebih untuk pembelian setiap hari pelanggannya, katanya.

Fann (kanan) dan Melody (dua kanan) bersalaman selepas memeterai kerjasama sambil disaksikan Colin (kiri) dan Wee (dua kiri).
Fann (kanan) dan Melody (dua kanan) bersalaman selepas memeterai kerjasama sambil disaksikan Colin (kiri) dan Wee (dua kiri).

Menerusi kempen tersebut jelasnya, promosi diskaun untuk rangkaian produk harian sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada ahli Everrise.

Sementara itu, Pengarah Own Brand, Food DFI Retail Group Fann Yuen berkata, pihaknya gembira dengan kerjasama itu.

Meadows katanya, menyediakan produk berkualiti pada harga yang berpatutan dan sejak 2019 telah berkembang ke 11 pasar raya dalam 50 kategori di seluruh dunia.

"Kebanyakan produk diuji sepenuhnya oleh para pelanggan untuk mendapatkan kepuasan dan kami menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dari seluruh dunia," jelasnya.

Karnival Keluarga Everrise merangkumi aktiviti yang menyeronokkan seperti Gerai Foto Keluarga, Mesin Cakar, Kolam Snek, Seni Pasir, Bingo Pasar Raya dan kempen media sosial #EVERRISEXMEADOWS.

Sebagai tambahan kepada aktiviti karnival, Everrise memperkenalkan faedah eksklusif untuk ahli iaitu Nilai Terbaik Ahli, menawarkan diskaun 10 peratus sehingga 20 peratus semasa membeli-belah di Everrise.

Selain itu, 200 pembeli pertama yang menyerahkan botol kosong cecair dobi daripada mana-mana jenama boleh mendapatkan harga istimewa untuk cecair Meadows NANO Laundry pada harga RM14.90 sahaja. 

Pembeli seterusnya selepas 200 terawal, akan layak mendapat mata ahli tambahan 20 mata. 

Pembeli turut digalakkan terlibat dalam kempen media sosial #EVERRISEXMEADOWS dan berpeluang memenangi hamper Meadows bernilai RM500 dengan menyiarkan slogan kreatif dengan ‘Saya suka Meadows kerana…’ berserta tanda pagar. 

Untuk maklumat lanjut, e-mel [email protected] atau ikuti saluran Facebook dan Telegram rasmi Everrise untuk maklumat terkini dan promosi terkini.
 

  • oleh
  • Advertisement