Anda di sini

Lelaki ditangkap rempuh penghadang dekat kedutaan Israel di Tokyo

Advertisement
 

TOKYO: Seorang lelaki Jepun telah ditangkap  kelmarin selepas  merempuh sebuah penghadang dengan sebuah kereta berhampiran kedutaan Israel di  Tokyo, menurut pihak polis.

Mor Eliyahu,  seorang  jurucakap  bagi kedutaan Israel, memberitahu AFP bahawa  insiden “disyaki sebagai satu serangan  rempuhan kereta  yang disasarkan , dan ia sekarang dalam siasatan oleh polis tempatan.”

Namun  pihak polis tidak membuat komen mengenai kemungkinan motif  bagi lelaki  tempatan yang menganggur memandu  kereta kecilnya melalui penghadang  menuju ke arah pagar di sebuah  simpang kira-kira 100 meter dari kedutaan.

Seorang pegawai polis  mengalami kecederaan  ringan dalam insiden pada lewat pagi kelmarin.

“Kira-kira  jam  10:55 pagi waktu tempatan, suspek, memandu sebuah kereta mini, tiba-tiba  membelok ke kiri dan melanggar seorang  anggota polis lelaki yang beusia 20-an sedang meronda di kedutaan Israel,”  seorang jurucakap polis memberitahu  AFP.

Beliau tidak memberikan komen lanjut lain selain untuk mengesahkan nama suspek sebagai Shinobu Sekiguchi, 53, seorang lelaki menganggur dari barat  Tokyo.

Media turut melaporkan  bahawa lelaki itu merupakan seorang anggota  bagi sebuah kumpulan sayap kanan tempatan. Kumpulan sebegitu di Jepun  secara umumnya  tidak dikenali sebagai  bersikap kritikal bagi Israel atau anti-Semitik.

Seorang jurucakap jabatan bomba menyatakan bahawa mereka telah menerima satu panggilan kecemasan dan tidak memberikan maklumat lanjut.

“KIra-kira jam  11:00 pagi waktu tempatan, saya mendengar satu bunyi hentaman yang sangat kuat, maka  saya telah keluar untuk memeriksanya. Kemudian saya melihat seorang anggota polis tercedera dan dalam kesakitan berhampiran penghadang trafik serta ia kelihatan seperti dia  sedang berdarah. Terdapat juga sebuah kereta hitam yang diparkir berhampiran,” seorang pekerja restoran bekerja berhampiran memberitahu  syarikat penyiaran awam  NHK.

Beberapa buah negara di seluruh dunia  telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di sekitar misi-misi diplomatik Israel sejak  bermulanya peperangan di antara  Israel dan Hamas pada bulan lepas.

Pada 21  Oktober, empat orang telah ditangkap selepas   satu bom paip meletup berhampiran  kedutaan Israel di  Cyprus, menyebabkan kerosakan kecil dan tiada kecederaan, kata polis.

 Pada  14 Oktober,  sorang pekerja di kedutaan Israe di China telah diserang di  Beijing.  Serang suspek rakyat asing telah ditangkap dan pihak berkuasa  tidak menyatakan  apa-apa mengenai kes tersebut.

Terdapat juga satu peningkatan ketara  dalam insiden  anti-Semitik termasuk   Islamofobia di seluruh dunia.

Israel  melancarkan satu serangan di Gaza dalam serangan balas bagi serangan kejam Hamas pada 7 Oktober, yang mengorbankan  1,200  orang, kebanyakan mereka adalah warga awam.

Dengan pihak kementerian kesihatan ynag diuruskan oleh Hamas mengakui angka kematian  akibat serangan Israel sekarang berjumlah 11,500, termasuk ribuan orang kanak-kanak, permintaan  bagi satu perjanjian sedang dilakukan. - AFP
 

Advertisement