Anda di sini

Lebih 1,000 hadir meriahkan sambutan Deepavali

Advertisement
 Hajiji (dua kanan) menyalakan ‘kuthu vilakku’ simbolik perasmian majlis itu.
SIMBOLIK: Hajiji (dua kanan) menyalakan ‘kuthu vilakku’ simbolik perasmian majlis itu.

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 orang hadir memeriahkan sambutan perayaan Deepavali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Terdahulu, sambutan perayaan yang dianjurkan Dewan Perniagaan India Sabah dan kerajaan Negeri itu turut menampilan persembahan daripada artis termasuk dari Semenanjung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sambutan perayaan itu menunjukkan kepelbagaian budaya dan kaum yang hidup aman serta harmoni di negara ini.

Katanya, rakyat di negeri ini perlu mengekalkan keharmonian hidup dalam kepelbagaian latar belakang budaya dan etnik yang ada.

“Penganjuran sambutan Deepavali ini adalah satu usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan perpaduan kaum dan agama di Sabah.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua, terutamanya masyarakat India dan penganut Hindu di Malaysia, termasuk di Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan India Sabah Datuk V. Jothy berkata sambutan itu menunjukkan keunikan yang ada di negara ini.

Katanya, ia bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India atau penganut Hindu tetapi juga rakyat dari semua lapisan masyarakat.

Jothy berkata ia juga adalah contoh perpaduan yang baik dan beliau berharap lebih banyak lagi sambutan seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan dengan kerjasama kerajaan Negeri.

“Penganjuran bersama untuk sambutan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua masyarakat di Sabah kerana mereka tidak mengenepikan masyarakat minoriti India di Sabah,” katanya.

Dalam sambutan itu, Persatuan Orang Buta Sabah dan Jireh Home Tuaran masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada kerajaan negeri dan Dewan Perniagaan India Sabah.   

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif.

  • oleh
  • Advertisement