Oleh Harshini Anantha Rao
KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan program ‘Warna-Warni Deepavali,’ baru-baru ini.
Pelancaran program yang diadakan sempena sambutan perayaan Deepavali itu disempurnakan oleh Papparaidu a/l Veraman, EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor di MYDIN Subang Jaya.
Program yang akan berlangsung sehingga akhir November itu menampilkan ‘Bombay Bazaar’ anjuran MYDIN dan Taaka Lee Studio yang menawarkan pelbagai promosi mengenai makanan dan pakaian tradisional India.
Selain itu, akan diadakan persembahan kebudayaan, muzik dan hiasan 'kolam' yang cantik untuk menyemarakkan lagi suasana perayaan.
‘Bombay Bazaar’ boleh didapati di MYDIN MITC (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor), and Ipoh (Perak).
Untuk meraikan warna Deepavali bersama golongan yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui kumpulan tanggungjawab sosial korporat (CSR) MYDIN Prihatin telah bergabung tenaga dengan pembekal seperti Apurva Garden Tea, Medimix, Barnsberry, Bestari, Beeqeh, Buttercup, Enricos, Energizer, Fogg, Friends, Sunrise Sunglow, Tisha's dan banyak lagi.
Mereka menyumbang dana daripada pembelian jenama terpilih untuk menghasilkan 500 Bakul Rahmah yang akan diagihkan kepada masyarakat kurang berkemampuan India di Subang Jaya, PPR Desa Mentari, Taman Medan (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka), dan Kulai (Johor).
Selain itu, MYDIN bekerjasama dengan Trichy dan Chef Dave, seorang pempengaruh media sosial, untuk mempersembahkan siri video ‘Paati Veedu’ yang mempamerkan 15 resipi vegetarian dalam masa 15 hari.
Inisiatif ini bertujuan untuk mempamerkan keunikan masakan tradisional India dan pelanggan boleh membeli keperluan memasak yang diperlukan di Kedai TikTok MYDIN Malaysia.
Selain itu, MYDIN bekerjasama dengan rakan kongsi e-dompet MCash untuk menawarkan pulangan tunai sebanyak RM10 kepada pengguna MCash yang membelanjakan RM100 dalam satu resit.
Kempen ini akan berkuat kuasa sehingga 30 November 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari platform media sosial rasmi MYDIN Malaysia atau laman web di www.mydin.my.