Anda di sini

Jentera Kental Isuzu D-Max bakal takluk Borneo Safari

Advertisement
 Okazoe ketika mempromosikan aktiviti Borneo Safari yang bakal dilaksanakan.
PROMOSI: Okazoe ketika mempromosikan aktiviti Borneo Safari yang bakal dilaksanakan.

JIKA bercakap tentang trak satu tan yang berkemampuan tinggi dan sentiasa boleh diharap, tidak begitu banyak pesaing yang boleh menandingi apa yang ada pada Isuzu D-Max Single Cab.

Trak pikap yang penuh kepelbagaian ini memberikan keanjalan penggunaan kepada pemilik perniagaan untuk memenuhi keperluan pengangkutan mereka.

Ia menawarkan aspek penggunaan yang sangat luas iaitu dari menelusuri laluan sempit di dalam bandar untuk penghantaran barangan hingga mengangkut beban berat bagi tujuan perladangan.

 Kenderaan Isuzu D-Max yang digunakan dalam aktiviti Borneo Safari.
LASAK: Kenderaan Isuzu D-Max yang digunakan dalam aktiviti Borneo Safari.

Sebagai satu-satunya pengeluar di Malaysia yang menawarkan dua pilihan enjin untuk trak Single Cab, Isuzu membawakan tahap nilai tersendiri kepada pelanggan dengan cara memenuhi keperluan mereka.

Semua ini dilengkapkan sistem pacuan empat roda yang cemerlang, dengan menampilkan differential lock sebagai ciri standard sebuah kenderaan yang boleh di bawa ke mana sahaja, untuk sebarang tujuan.

Dengan ini, dua unit Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab akan ikut serta untuk berkhidmat dalam acara Borneo Safari tahun ini, beriringan dengan tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain sebagai kenderaan rasmi media bagi acara tersebut.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam acara ini kerana kebolehannya sebagai jentera yang kental dan serba boleh.

“Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia tidak hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4x4 yang mantap,

“Namun, ia perlu dihadirkan dengan kemampuan yang sangat tinggi untuk memastikan kenderaan ini berhasil melepasi cabaran selama lapan hari dalam keadaan ekstrim seperti itu,” kataya.

Katanya, dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai sebuah trak pikap, ia tidak disangkal lagi menjadi kenderaan media yang paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini.

“Kenderaan ini telah membuktikan berhasil membawa media dan mengangkut peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi serta keadaan setiap tahun sejak sedekad lalu,” katanya.

 

Sebagai Penaja Berlian bagi acara ini buat sekian kalinya, Okazoe telah menyerahkan dokumen penajaan dan kunci bagi kenderaan rasmi media berkenaan kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin.

Borneo Safari tahun ini memasuki tahun ke-31 penganjurannya dan diiktiraf sebagai satu daripada cabaran off-road paling sukar di dunia.

Acara ini bakal dilepaskan di hadapan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad, 29 Oktober 2023 dan akan menjelajah kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.

Isuzu Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah serta Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web yang mempromosikan acara ini khususnya Sabah sebagai destinasi pengembaraan.

Melalui siri video berkenaan, penonton dapat menyaksikan pelbagai cabaran yang dilalui di sepanjang berlangsungnya Borneo Safari serta berpeluang memenangi cenderahati eksklusif dengan menyertai peraduan ‘tonton dan menang’ yang akan berlangsung selepas acara berkenaan selesai.

Orang ramai diminta terus mengikuti laman rasmi media sosial Isuzu Malaysia untuk jadual semasa dan kemaskini lainnya.

Advertisement