Anda di sini

Isuzu D-Max Single Cab dan X-Terrain bakal terlibat dalam Borneo Safari 2023

Advertisement
(Dari kiri) Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia Alan Lee; Okazoe; Faez dan Penyelaras Pemasaran dan Promosi Safari Borneo Alison Murugesu ketika penyerahan penajaan baru-baru ini.
(Dari kiri) Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia Alan Lee; Okazoe; Faez dan Penyelaras Pemasaran dan Promosi Safari Borneo Alison Murugesu ketika penyerahan penajaan baru-baru ini.

KUCHING: Dua unit Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab akan ikut serta untuk berkhidmat dalam acara Borneo Safari tahun ini, diiringi tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain sebagai kenderaan rasmi media bagi acara tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Shunsuke Okazoe dalam satu kenyataan hari ini berkata, versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam acara ini kerana kebolehannya sebagai jentera kental dan serba boleh.

“Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia bukan hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4x4 mantap, tetapi juga perlu dihadirkan dengan kemampuan sangat tinggi untuk memastikan ia berhasil melepasi cabaran lapan hari dalam keadaan ekstrem. 

Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.
Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.

“Dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai sebuah trak pikap, ia tidak disangkal lagi menjadi salah satu kenderaan media yang paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini.

"Ia juga telah berhasil mengangkut media dan peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi dan keadaan setiap tahun sejak sedekad lalu,” ujar Okazoe.

Sebagai Penaja Berlian bagi acara itu buat sekian kalinya, Okazoe menyerahkan dokumen penajaan dan kunci bagi kenderaan rasmi media berkenaan kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Faez Nordin.

Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.
Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.

Borneo Safari tahun ini memasuki penganjurannya bagi tahun ke-31 dan diiktiraf sebagai satu daripada cabaran off-road paling sukar di dunia. 

Acara ini bakal dilepaskan di hadapan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad, 29 Oktober 2023 dan akan menjelajahi kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.

Isuzu Malaysia sekali lagi akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah serta Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web yang mempromosikan acara ini khususnya, dan Sabah umumnya sebagai destinasi pengembaraan.

Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.
Gambar menunjukkan Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab dan Isuzu D-Max X-Terrain.

Melalui siri video berkenaan, penonton akan dapat menyaksikan pelbagai cabaran dilalui di sepanjang berlangsungnya Borneo Safari serta berpeluang memenangi cenderahati eksklusif dengan menyertai peraduan ‘tonton dan menang’ yang akan berlangsung selepas acara berkenaan selesai.

Terus perhatikan laman media sosial Isuzu Malaysia untuk jadual semasa dan kemas kini lainnya.
 

Advertisement