Anda di sini

Gagasan Rakyat tidak akan bekerjasama dengan pembelot

Advertisement
 Masiung menerima cenderahati daripada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Limbahau, Datuk Paul Christopher Darison (kanan) sambil disaksikan Ghulam (dua kiri).
KENANGAN: Masiung menerima cenderahati daripada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Limbahau, Datuk Paul Christopher Darison (kanan) sambil disaksikan Ghulam (dua kiri).


PAPAR: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tidak akan bekerjasama dengan parti yang bermuslihat pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah berkata, ia bagi memastikan  agar koronologi 'pembelot’ tidak berulang.

"Putaran kuasa yang wujud bersama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) harus dipertahankan.

"Ini pendangan peribadi, bukan mewakili Gagasan Rakyat. Ketika ada cubaan menjatuhkan kerajaan Sabah melalui 'Langkah Kinabalu' pemimpin PH tampil mempertahan kerjasama setia kawan," katanya.

Masiung ditemui pemberita selapas merasmikan Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Limbahau, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadardan, ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim serta 450 perwakilan Gagasan Rakyat Limbahau.

Dalam pada itu, Masiung turut merasmikan Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin yang diketuai oleh Datuk Dr Yusof Yacob.

Katanya, Gagasan Rakyat perlu menolak pemimpin parti yang berhaluan ekstrem, sebaliknya memberikan keyakinan terhadap rakan yang setia ketika melalui detik sukar.

Menurutnya, Gagasan Rakyat merupakan parti tempatan lahir dari aspirasi rakyat Sabah yang menolak perpecahan politik akibat tindakan pemimpin parti yang menjadi pembelot.

Semasa berucap di Sindumin, Masiung mengesa Sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis tampil mempertahankan Presiden parti, yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

 Masiung (tengah) menerima cenderahati daripada Yusof.
TERIMA KASIH: Masiung (tengah) menerima cenderahati daripada Yusof.

Menurutnya, pemimpin muda wajar tampil mambela maruah Gagasan Rakyat yang dicemari politik jahat.

Masiung berkata, kuasa yang dimiliki harus dipertahankan dan jangan sekali-kali membenarkan pemimpin parti luar merebut kuasa.

Tegasnya, pemimpin peringkat bahagian sudah memilih Gagasan Rakyat perlu fokus dengan dasar parti tanpa perlu menoleh ke belakang.
 

  • oleh
  • Advertisement