Anda di sini

GRS perlu bentuk barisan hadapan sebelum PRN

Advertisement
 Masiung dan Samad mengabadikan kenangan bersama perwakilan Gagasan Rakyat Bahagian Beluran.
ALBUM: Masiung dan Samad mengabadikan kenangan bersama perwakilan Gagasan Rakyat Bahagian Beluran.

BELURAN: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat perlu membentuk jentera barisan hadapan sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, semua jentera parti di peringkat bahagian perlu sentiasa bersiap siaga lebih awal.

Katanya, jentera Gagasan Rakyat termasuk jaringan komponen GRS juga diminta bertindak pantas tanpa perlu menunggu saat akhir menjelang PRN.

“Parti-parti gabungan peringkat bahagian juga harus senada membentuk orientasi bagi merungkai isu-isu berbangit di setiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Bahagian Labuk, di Dewan Masyarakat Beluran, semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Labuk, Datuk Samad Jamri.

 Masiung (tiga kanan) bersama isteri Grase E. Ebin (dua kanan) ketika hadir di Dewan Beluran.
HADIR: Masiung (tiga kanan) bersama isteri Grase E. Ebin (dua kanan) ketika hadir di Dewan Beluran.

Menurutnya, pemimpin dan jentera Gagasan Rakyat di peringkat bahagian tidak boleh gah bergerak secara solo melainkan melalui platform GRS.

Masiung berkata, walaupun tempoh PRN masih berbaki dua tahun lagi, namun persiapan awal penting bagi mengenal pasti pemimpin pemuda, wanita dan beliawanis yang boleh diletakkan di barisan hadapan.

“Golongan muda di semua peringkat bahagian perlu dilatih terutamanya dalam memanfaatkan teknologi maklumat sebagai senjata perang saraf pada pilihan raya akan datang.

“Parti-parti tempatan dan nasional yang telah mengistyharkan perang ke atas GRS, harus digempur dalam pelbagai strategi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua ahli parti Gagasan Rakyat supaya tidak bersikap tamak dan leka apabila berada dalam lapangan politik.

“Kita mahukan pimpinan dalam GRS di semua peringkat dapat merangka strategi yang betul untuk membenamkan musuh politik di negara ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement