Anda di sini

Pemandangan dari udara jadi daya tarikan pelancong

Advertisement
 Jawed (sepuluh kanan) dan Jenny (sembilan kiri) bersama Finalis MIM2023 merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Jawed (sepuluh kanan) dan Jenny (sembilan kiri) bersama Finalis MIM2023 merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Sabah khususnya Bandaraya ini menawarkan pelbagai daya tarikan kepada pelancong dan pemandangan dari udara adalah salah satu produk yang diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

Presiden Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) dan Miss International Malaysia 2023 (MIM2023) Jawed Khan berkata, dengan kerjasama Layang-Layang Group dan MIM2023, pakej pelancongan pemandangan dari udara boleh direaliasikan.

"Kita mahu mengetengahkan keindahan Sabah secara keseluruhan, khususnya Kota Kinabalu menerusi pemandangan dari udara kepada rakan media antarabangsa, terutamanya melalui platform media sosial dan sebagainya.

"Ini penting agar masyarakat di seluruh dunia kenali Sabah dan boleh datang sini untuk menikmati sendiri pengalaman ini," katanya ketika ditemui pada Program MIM2023 menaiki helikopter di Akademi Layang-Layang, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa wajar mengetahui bahawa Sabah khususnya bandaraya ini mempunyai pelbagai destinasi serta keistimewaan yang ditawarkan.

 Jawed (sembilan kanan) dan Jenny (tengah) bersama Finalis MIM2023 selepas mendengar taklimat keselamatan daripada pihak Layang-Layang Group.
TAKLIMAT: Jawed (sembilan kanan) dan Jenny (tengah) bersama Finalis MIM2023 selepas mendengar taklimat keselamatan daripada pihak Layang-Layang Group.

Katanya, Layang-Layang Group mempunyai pakej berkenaan untuk para pelancong yang berminat.

"Dengan adanya perkhidmatan seumpamanya, para pelancong yang berminat boleh menikmati serta merakamkan kenangan menerusi pemandangan dari udara," katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi PPASM Jenny Ngu serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement