Anda di sini

32 penduduk memerlukan terima sumbangan ADUN Bingkor

Advertisement
 Sebahagian warga emas di Kg Takad Apin-Apin menerima sumbangan sempena ziarah yang diadakan.
SAMPAIKAN: Sebahagian warga emas di Kg Takad Apin-Apin menerima sumbangan sempena ziarah yang diadakan.



KENINGAU: Skuad Mobile Team (SMT) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Apin-Apin dan PDM St. James Apin-Apin masing-masing diketuai Ketua Wiranita PDM Apin-Apin, Severina Stephanus, Ketua Wiranita PDM St. James Jovita Michael mengadakan program ziarah di Kampung Takad Lama, Kg Takad Selatan, Kg Umpason dan Kg Kikiran.


Program ziarah berkenaan diadakan bagi menyantuni golongan sasar seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta penduduk yang terlantar sakit, dengan menyampaikan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.


Mewakili Robert, dua PDM yang terlibat bersama rombongan menziarahi kira-kira seramai 32 golongan sasar yang dikenalpasti di empat buah kampung bagi menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian, dengan harapan semoga ia dapat meringankan sedikit beban mereka.

 Sebahagian warga emas di Kg Takad Atas menerima sumbangan sempena ziarah yang diadakan.
ALBUM: Sebahagian warga emas di Kg Takad Atas menerima sumbangan sempena ziarah yang diadakan.


Severina dan Jovita ketika ditemui berharap sumbangan yang disampaikan kepada penerima dapat meringankan beban mereka dan juga berharap mereka yang terlantar sakit akan pulih segera dan kembali sihat seperti sedia kala.


 Turut menyertai ziarah yang diadakan itu, Ketua PDM St. James Paul Sitampat; Ketua Pemuda PDM Apin-Apin, Denis Jiken dan AJK Pemuda Apin-Apin, AJK Wiranita PDM Apin-Apin dan St James; JPKK Kg Takad, Justina Gunir dan Ketua Kampung Takad, Markus Limpak.


Pada hari sama, Severina turut menerima borang keahlian STAR daripada Kg Umpason seramai 37 orang ahli baharu yang disampaikan oleh Ketua Sub Markas Kg Umpason, Harry Primus.


"Selamat datang kepada ahli baharu termasuk kemasukan daripada Kg Takad Selatan. Terima kasih atas penyertaan dan memilih STAR sebagai wadah perjuangan terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, " katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement