Anda di sini

180 alumni ITM Sarawak 1973-1977 bersua kembali pada Majlis Makan Malam Reunion

Advertisement
Ismail (duduk tengah barisan ketiga dari bawah) merakam gambar kenangan bersama rakan-rakan Alumni ITM Cawangan Sarawak pada majlis makan malam Reunion yang berlangsung baru-baru ini.
Ismail (duduk tengah barisan ketiga dari bawah) merakam gambar kenangan bersama rakan-rakan Alumni ITM Cawangan Sarawak pada majlis makan malam Reunion yang berlangsung baru-baru ini.

KUCHING: Seramai 180 alumni Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Sarawak daripada kumpulan pelajar Tahun 1973 hingga 1977 hadir menjayakan malam kenangan ‘Majlis Makan Malam Reunion’ institut berkenaan yang diadakan di Hotel Waterfront, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur, Dato Ismail Abang Saufi berkata, penganjuran majlis yang telah dirancang sejak beberapa bulan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengumpul semua bekas pelajar tahun 1970-an yang menuntut di institusi tersebut.

Antara rakan-rakan Alumni yang turut hadir dalam majlis makan malam Reunion ITM-CS.

Selain bertujuan mengukuhkan persahabatan, ia juga sebagai usaha merapatkan jaringan ‘network’ antara satu sama lain.

Lebih istimewa, majlis makan malam berkenaan juga turut menandakan sambutan ‘Golden Anniversary’ ITM Cawangan Sarawak yang menginjak usia 50 tahun, tahun ini.

“Saya amat terharu kerana penganjuran majlis pertemuan semula (reunion) ini berjalan lancar sekali dan ia menjadi satu malam yang amat nostalgia buat kami semua terutama melihat usaha rakan-rakan alumni untuk hadir. 

Rakan-rakan Alumni yang hadir dari serata tempat di seluruh negara turut berkesempatan bersiar-siar menggunakan perahu tambang.
Rakan-rakan Alumni yang hadir dari serata tempat di seluruh negara turut berkesempatan bersiar-siar menggunakan perahu tambang.

"Ada di kalangan kami yang baharu saja bertemu semula selepas berpisah dalam 40 tahun sejak meninggalkan ITM CS.

Rakan-rakan Alumni yang hadir dari serata tempat di seluruh negara turut berkesempatan bersiar-siar menggunakan perahu tambang.
Rakan-rakan Alumni yang hadir dari serata tempat di seluruh negara turut berkesempatan bersiar-siar menggunakan perahu tambang.

“Ada yang (alumni) hadir menggunakan kerusi roda, malah ada juga rakan-rakan yang hadir dengan tongkat, usaha ini sangat mahal buat kami semua dan ia akan terus kekal menjadi kenangan indah sampai bila-bila,” katanya sambil menambah kumpulan ITM CS itu juga merupakan kumpulan pelajar yang menumpang di Kampus Pusat Latihan Batu Lintang (BLTC).

Ismail juga memberitahu, sebelum majlis makan malam berkenaan berlangsung, pada hari sebelumnya, rakan-rakan alumni yang hadir dari Semenanjung dan serata tempat di negeri ini turut berpeluang mengunjungi Pasar Serikin dan menikmati makanan-makanan tempatan Sarawak. 

Rakan-rakan alumni juga menghadiri majlis makan malam selamat datang yang dianjur di kediaman Tuan Haji Morshidi Umar yang terletak di Kampung Tanjung di mana alumni berkesempatan menaiki perahu tambang.

Suasana Majlis Makan Malam Reunion ITM Cawangan Sarawak.
Suasana Majlis Makan Malam Reunion ITM Cawangan Sarawak.

Selain itu, mereka juga turut mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil buat rakan-rakan yang telah pergi meninggalkan mereka.

Tambah Ismail lagi, program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Majlis pada malam itu bertambah meriah dengan menyaksikan persembahan dari wakil setiap kumpulan.

Suasana Majlis Makan Malam Reunion ITM Cawangan Sarawak.
Suasana Majlis Makan Malam Reunion ITM Cawangan Sarawak.

“Bila sudah berusia begini, kita sangat perlukan kawan di sekitar kita dan program seperti ini adalah amat bersesuaian dan cukup indah sekali,” ujarnya.
 
Advertisement