
SEMPORNA: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di daerah ini diminta supaya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti.
Amanat itu disampaikan oleh Pengarah JIM Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff ketika mengadakan lawatan ke Pejabat Imigresen Semporna, pada Ahad lepas.
Lawatan Sitti Saleha itu diiringi oleh Ketua Imigresen Semporna, Mastijah Masduki bersama pegawai-pegawai JIM Semporna yang lain.
Sitti Saleha turut mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai Imigresen Semporna untuk menyampaikan amanat, nasihat dan teguran membina.
Beliau juga berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Bandar Kapalai untuk meninjau cadangan tapak Pejabat Unit Penguatkuasa Semporna.
Turut mengiringi ialah Ketua Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Amrih Siatoh dan Ketua Bahagian Pengurusan dan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sabah, Nellie Ann Fedelis.