Anda di sini

Liew taja promosi Walid di Tawau, sokong filem tempatan

Advertisement
 Sammie (tiga kanan) bersama Areel dan sebahagian pelakon yang hadir dalam promosi berkenaan.
PELAKON: Sammie (tiga kanan) bersama Areel dan sebahagian pelakon yang hadir dalam promosi berkenaan.

TAWAU: Filem aksi yang menjadi sebutan di luar negara, Walid, wajar mendapat sokongan padu khususnya dalam kalangan peminat layar perak di negara ini.

Penasihat Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, filem yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu Amerika Syarikat membuktikan ia naskah tempatan yang berkualiti.

“Apabila dimaklumkan mengenai hasrat untuk mengadakan promosi di Sabah, saya berbesar hati untuk mempelawa pengarah, pelakon dan produksi untuk menjadikan Tawau sebagai destinasi jerayawara pertama mereka di Sabah.

“Filem ini turut mengangkat nilai budaya silat dalam masyarakat kita menjadi antara keutamaan saya untuk menyokong kehadiran mereka ke Tawau,”katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

Liew diwakili Pengerusi Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah, Sammie Liew hadir semasa promosi jerayawara filem Walid di sebuah pawagam di sini.

Selain penginapan dan pengangkutan, Liew turut menaja lebih 150 tiket wayang filem Walid untuk diedarkan kepada orang ramai termasuk penggiat seni dan silat di Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

“Filem berkualiti wajar disokong, apatah lagi ia adalah filem Malaysia yang dilakonkan oleh sebahagian besarnya adalah pengamal seni bela diri silat.

“Apa yang penting, mesej filem iaitu isu pemerdagangan manusia, pendatang asing dan orang tanpa warga negara seperti yang diterapkan dalam Walid adalah cukup dekat serta memberi pengajaran baik kepada masyarakat,” katanya.

 Areel dan pelakon Walid bersama dengan beberapa pengamal seni bela diri silat di Tawau.
SOKONGAN: Areel dan pelakon Walid bersama dengan beberapa pengamal seni bela diri silat di Tawau.

Terdahulu, pengarah, pelakon dan kru Walid tiba di Tawau, pada Ahad, dalam rangka promosi jerayawara di Sabah.

Sementara itu, pengarah, Areel Abu Bakar ketika ditemui menzahirkan terima kasih atas sokongan Liew terhadap Walid.

“Selain saya, pelakon utama iaitu Megat Shahrizal dan Putri Qaseh turut hadir sama sepanjang promosi kami di Sabah sehingga 30 September nanti.

“Kami juga akan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu, sebelum kembali semula ke Tawau bagi mengakhiri 'tour' di Sabah,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement