Anda di sini

Lelaki terlibat judi loteri haram dipenjara lima bulan

Advertisement
 Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.
PADAH: Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Mahkamah Majistret, di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana menjalankan kegiatan perjudian loteri secara haram.

Tertuduh berusia 30 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) yang memperuntukan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 15 Julai lepas kira-kira jam 2.15 petang bertempat di kawasan kedai Jalan Kuhara.

Tertuduh didapati memiliki tiga keping kertas bercetak yang telah disahkan sebagai resit pertaruhan loteri awam tanpa lesen.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihukum penjara bermula tarikh sabitan kes dengan kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin.

  • oleh
  • Advertisement