
SANDAKAN: Pesta Kuih Bulan yang diadakan di perkarangan Kuil Pang Ku Xin Wang di sini baru-baru ini meriah dengan kehadiran ramai penduduk.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, penduduk kampung dari sekitar Jalan Estate Connector, Jalan Puu Jih Shih dan Jalan Cecily telah hadir bersama-sama memeriahkan majlis itu.
"Terima kasih kepada waris Kuil Pang Ku Xin Wang dan semua ahli jawatankuasa penganjuran yang telah menjayakan penganjuran itu," katanya dalam kenyataan di sini, semalam
Chew juga menghargai para pemimpin akar umbi Karamunting yang hadir sama serta membantu menjayakan majlis itu.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Pembangunan Unit PPM Karamunting Chau Wai Chun, Penyelia UPPM Naz Lee, Pemaju Mukim Hirdah Wati Jumaat, Pemaju Masyarakat Chang SY, Ketua Masyarakat Cina Kapitan Poon Ret Wing, Sukarelawan UPPM Thomas Chang Tsun Wing dan ramai lagi.