Anda di sini

Isu banjir dan saliran perlu diberi perhatian segera

Advertisement
 Chew (kanan) ketika hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Sandakan baru-baru ini.
KENANGAN: Chew (kanan) ketika hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Sandakan baru-baru ini.

SANDAKAN: Isu-isu berkaitan banjir dan saliran di Kampung Karamunting Baru perlu diberikan perhatian oleh agensi kerajaan berkaitan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, kawasan Kedai Batu khususnya telah terjejas teruk akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

"Saya sentiasa menyusuli perkembangan perkara ini dari pihak berwajib tetapi dimaklumkan masalah itu masih dalam perancangan kerana ia melibatkan banyak kawasan di seluruh Sandakan.

"Saya hanya menerima maklum balas dari jabatan berkaitan untuk memeriksa status tanah yang menjadi punca kejadian banjir," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, pihaknya masih menunggu maklum balas bertulis daripada pihak berwajib mengenai status terbaharu perkembangan Pasar Karamunting.

Chew turut memohon pihak berwajib untuk mempercepatkan kerja-kerja naik taraf jalan di persimpangan PETRONAS masuk ke Sekolah Kebangsaan Karamunting dan di sekitarnya dan meletakkan seorang pengawal untuk mengawal lalu lintas di lokasi terbabit.

"Ini penting bagi mengelakkan kereta bertembung memandangkan laluan berkenaan kini hanya sehala sahaja," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement