Anda di sini

UCSF komited anjur program berimpak tinggi

Advertisement
 Dr Rafiq dan Fatiha bergambar kenangan bersama peserta kursus PKAN di Kiulu.
KENANGAN: Dr Rafiq dan Fatiha bergambar kenangan bersama peserta kursus PKAN di Kiulu.

KIULU: University College Sabah Foundation (UCSF) komited dalam menganjurkan program berimpak tinggi terutamanya menerusi Program Khas Anak Negeri (PKAN).

Naib Canselor UCSF Dr Rafiq Idris berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan dan kebajikan rakyat di Sabah.

Katanya, program yang memberi manfaat kepada komuniti di Sabah juga akan terus dianjurkan di tempat-tempat lain di negeri ini pada masa akan datang.

“Melalui PKAN ini, seramai 14 orang belia dari lima buah kampung telah menyertai Kursus Pertanian Lestari dan Kompos di Kampung Linggi, Kiulu.

“Kursus yang bermula daripada 18 sehingga 22 September 2023 itu disertai oleh peserta dari Kampung Lingga, Monseet, Tulung, Sinorut dan Dumpiring,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir majlis penutupan kursus berkenaan dan menyampaikan sijil tamat kursus, di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Pegawai Teaching and Learning Factory (TLF) UCSF, Nurul Fatihah.

Sementara itu, peserta kursus, Nicholas Donius berkata, program ini sangat bermanfaat kerana banyak perkara baharu dapat dipelajari dan mudah dipraktikkan.

Katanya, program ini mendidik peserta supaya tidak membuang sisa makanan kerana ia boleh dikomposkan menjadi baja untuk kegunaan pertanian.

“Dengan adanya baja kompos ini, kita dapat menanam lebih banyak sayuran dan dilihat boleh menjana pendapatan harian penduduk.

“Saya sangat berterima kasih kepada UCSF kerana menganjurkan program ini dan berharap diadakan lagi kursus lanjutan pada masa akan datang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement